January 27, 2017

Honeymoon Day 2 : Genting Highlands, Mini Cameron & Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Assalammualaikum readers!!!!

Terima kasih pada yang masih setia baca blog kita ni. Hehe. Walaupun selalu update merapu je lebih kan kan kan.

Masuklah hari kedua honeymoon kami. Ini throwback pada 14 December 2016. Kami bermalam di Danau Daun, Janda Baik untuk satu malam sahaja. Sebab kononnya nak travel area berdekatan. Terus buka waze, Eh ada Mini Cameron. Eh dah dekat dengan Genting Highlands. Masa ni beranganlah nak pergi Cameron Highland kononnya nak petik bunga rose. Tapi hampa perjalanan jauh nak dekat 300km.

yang sedihnya, kereta saya tak sempat lagi tukar tayar. Tayar dah 4 tahun. ikutkan tak selamat nak bawa jalan jauh. Tapi apekah daya. Redah jua bersama suami. Banyak tawakal je masa ni dengan harapan tayar tak meletup di selekoh atau terbabas di highway.





Matchy matchy with Zauj. hehe. Baju hantaran ni.
Baju husband The King Firdaus.
Baju saya, His Queen Naadhirah.



Maafkan sepanjang blogpost ni banyak gambar saya tak ready dan mata sepet.
Hari kedua mata infection saya teruk sangat. Sampai bertaik mata most of the time.
Malam pertama duduk Danau Daun pun dah menangis nangis dah sebab pedih. HAHA.
Yang sedihnya cari klinik, klinik tak ada doctor. Kalau nak juga kena travel jauh sikit.






Selfie sikit di pagi hari sebelum mencari breakfast.








Dekat Danau Daun ini ada cafe dia sendiri. Tapi ditutup setiap hari Selasa.
Maka kami tak bernasib baiklah sebab Rabu tu pun cafe masih ditutup.
Gambar sahaja mampu depan cafe.






Sempat singgah area Sungai berdekatan Danau Daun Chalet after breakfast.









Okay sesiapa nak tahu details lebih lanjut tentang Danau Daun Chalets, boleh call nombor di atas okay, atau clik sini untuk view ❤✌




air berlumpur sebab ada construction di hutan berdekatan.











Kalau handphone terjatuh dalam air ni, mampu berhuhu jela.











Before checkout, saya drop nota terima kasih dulu.
Tak sempat jumpa the receptionist sebab biasanya orang checkout memang akan letak sahaja kunci. Sebab pembayaran perlu dibuat ketika check in. Jadi nak checkout sesuka hati silakan tapi sebelum pukul 12 lah ya. hehe












Teruk kan mata?
😂😂😂😂😂



Maka after checkout kami terus bergerak ke Mini Cameron. Tak dapat pergi Cameron Highland, singgah Mini Cameron pun boleh jadi taw.



Selfie sikit depan pintu masuk.








Petik buat strawberry dulu. First time petik.








Husband dok cari yang kecil dan merah sebab katanya manis.
Saya pula sibuk cari yang besar besar baru puas makan.










We're the only one here. OMG.











Jumpa Pink Rose!!!!











Nak bawa balik tak boleh, makanya bergambar jela mampu.








acah nak makan.
Jangan makan taw! Sebab lepas petik strawberry, kena timbang dulu. Baru boleh makan.







Hasil kutipan.









Konon nak Outfit of the day. HAHA







Subhanallah dengan view awan disana. So bright. Suka tengok langit biru💜💛💚💋










Next destination ialah ke Genting Highland. 

Lama dah tak datang Genting Highland, cable car tutup masa kami datang tu, agak kecewa disitu. Tapi tak apa, merasalah kejap park di First World Hotel Genting. Bawa husband jalan area hotel dan indoor theme park which is mostly dah banyak tutup.

Dulu ada roller coaster indoor, sekarang dah tak ada.
Kecewa!!



Maka bawalah husband naik ride yang train siar siar area theme park tu. 
Haha, rasa macam budak budak kejap.









Tunggu Genting Highland buka, boleh merasa pergi Genting Highland lagi sekali.
DAN HARUS naik Cable car. haha. last time naik back in 2005 dulu.
















Waiting for our ride.







Rasa macam membazir pun ada. RM20 for 5 minutes ride. 
Abaikan mata. masa ni eyes infection makin menjadi jadi. Degil juga tu tak nak pergi klinik berdekatan cari eye drop.








Dapatlah tengok kedai sekeliling.
Banyak dah berubah Genting Highland.












Yes the largest. Sampai boleh sesat. HAHA.






on the way to Bukit Tinggi, sempat singgah tepi jalan untuk bergambar.






AND WE MANAGE singgah Bee Farm House.

No wonder madu mahal.
Jangan madukan i sudah.




Di pintu masuk ada kereta volkswagen oren untuk bergambar. 
Dulu saya punyalah obses dengan kereta volkswagen ni. haha






Rasa macam teruk sangat dah mata masa ni. 👀







Baru tahu butterfly sukakan nenas.










cara nak attract butterfly.








Koleksi Rama-rama yang diawet.










I just in love with the landscape.










Manja sikit. Haha
Maaflah asyik pose gambar berdua. tak ada orang nak tangkapkan gambar.








Sebenarnya tak sangka baby neo lepas sampai Pahang. Ikutkan tayar memang tunggu masa nak meletup taw. Mujur tak ada apa.








Here we are!!!! Bukit Tinggi.


Colmar Tropicale Bukit Tinggi.
Masa ni jangan terkejut pula korang kena bayar RM8 untuk entrance masuk ke sana. 
RM8 ni boleh claim balik kalau korang stay di Colmar Tropicale Hotel.
Sampai je terus ke Japanese Village.















area situ ada Japanese Park. Bolehlah sesiapa nak merasa pakai kimono tu.
Sewa RM20/seorang untuk 10-20minit. Nak lama boleh je, pandai pandailah lari tepi taman ke bergambar. haha

Tempat salinan baju.


Sampai Bukit Tinggi memang  niat nak melawat Japanese Village tapi sebab sampai situ dah pukul 5.30 petang. Cuaca pun tak berapa cerah. Dah nak hujan. Yang sedihnya Japanese Village tutup pukul 7 malam. makanya memang tak sempat. Jadi kami terus ke Hotel untuk check in.



Moving on to our room that night. NASIB BAIKLAH ada bilik kosong. Although dapat bilik yang betul betul keluar depan parking basement, sangat puas hati. Satu malam RM298. murah dari jangkaan. Sebab pada mulanya ingat RM400-500/semalam.








Jika anda check in di Colmar Tropical Hotel, anda akan dapat access 2 tempat ini secara percuma sahaja iaitu Japanese Tea House dan Botanical Garden.


masuk je bilik, saya dah menjerit keriangan sebab bilik terlampau cantik. Memang jenis taste yang saya suka senang cerita.




See the bathroom!!! OMG SO CLASSIC.






Even the bed is beautiful. SEMUA FURNITURE IN WHITE OKAY!







Even the dressing table is cute!!!





The view from our room. Cantik kan.











Paling suka katil dia je sebenarnya. look at the design. omg.






Almari pun saya rasa comel. hahaha






Toiletries








Sempat susun kelopak bunga mawar. 
Dapat masa bermalam di Danau Daun Chalet tu.






At night kami tukar attire pakaian tebal sikit.
Sebab memang sejuk macam di Cameron.



Follow me.




Dekat sini susah sikit cari makanan halal sebab most kedai memang ada serve non halal drinks/beverages. Oh ya, lupa mention, Colmar Tropicale ni menari sebab dia macam satu perkampungan di Italy/France. Semua design bangunan concept seperti di sana. 

Thats why I'm so in love with it!

Decide to eat RM33 Pizza. Dan kongsi air. haha.
Makanan disini memang a bit pricey most of it.



Our table that night.
Susah juga nak cari meja kosong sebab terlampau ramai orang.









Punya tahap lapar tu hebat sungguh. 
Baru perasan masa honeymoon ni tak singgah langsung makan tengah hari. 
Leka sangat berjalan seharian. HAHA..








Ada banyak aktiviti disini sebenarnya, Boleh tengok dekat board ada apa. 
Mostly ada promotion untuk makanan. Untung yang datang bawa family kot. 
Sebab ada promotion steamboat untuk 4 pax. 
Susah nak dapat promotion untuk 2 pax. sedih kan kan. HAHA






Luckily kami sampai hari Rabu sebab ada persembahan tarian setiap malam pada hari Isnin, Rabu, Jumaat. Maka bertuahlah kami dapat tengok persembahan kejap. Hehe. Tapi memang seksi lah.






Pukul 9.30 setia menanti depan stage. Sebab lambat tak dapatlah seat.









Fokus bangunan di belakang taw. Cantik kan.
Maafkan mata saya.









View at the fountain.





Konon nak snap gambar husband kiss pipi tapi saya yang tak ready.😉😉





Masa ni masyaALLAH. mata dah teruk sangat. HAHA






Konon nak bergambar depan pintu. Tapi itulah,.. gambar gelap.
❤✌









Rasa macam di Eropah la kejap., hehe






Harga bilik di Hotel ini bergantung pada jenis bilik anda nak duduk. Every house/room is unique. kalau nak yang tingkap macam princess a bit pricey.

our 10th anniversary insyAllah ke sini lagi.
haha. Cuba bilik lain nanti.







Tidur jap.








izinkan sis pose lagi bagi mengakhiri blog post tentang our 2nd day of our honeymoon. 





Untuk direction ke Colmar Tropicale Hospital boleh view map dibawah













See you guys in the next post! :)