August 14, 2016

ADAKAH DIRI ANDA DILINDUNGI?

Risiko seorang manusia.
Secara umumnya, sebagai seorang manusia risiko yang kita hadapi ada 3 iaitu sakit, tua dan mati. Setiap risiko ini mempunyai impak yang besar pada diri kita dan orang disekeliling kita yang tersayang.




 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif



i.            Sakit
-      Penyakit ini datang dari pelbagai punca. Ada yang sakit disebabkan masalah kesihatan, ada yang berpunca dari kemalangan dan ada juga yang berpunca dari gaya hidup sekeliling. 






    Berdasarkan laporan yang dibuat, kebanyakkan pesakit yang kritikal seperti jantung, kanser dan buah pinggang akan mengalami masalah dalam menampung perbelanjaan perubatan mereka disebabkan kos perubatan yang sangat tinggi hari ini (walaupun hospital kerajaan sekalipun untuk kos pembelian alat bantuan adalah sendiri tanggung). Yang kemalangan pula, perkara ini tidak dijangka. Masalah jika kita ingin dapatkan rawatan hospital kerajaan, kita perlu menunggu giliran yang lama. Sanggupkah anda menghadapinya?








 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif





ii.            Tua
-       Jika umur kita panjang, antara risiko yang kita hadapi adalah masalah kewangan selepas bersara. Tiada kerja, tiada pendapatan. Bagaimana kita ingin meneruskan kehidupan? Berdasarkan kajian, kebanyakkan rakyat Malaysia menghabiskan wang simpanan KWSP mereka hanya dalam 3-5 tahun sahaja. 

    92% rakyat Malaysia bimbang tidak cukup wang persaraan. Adakah hanya dengan tawakkal semata-mata tanpa usaha dan perancangan menghadapi persediaan yang mendatang? Di dalam Al Quran ada ingatkan dalam surah Yusof ayat 46-49 dimana perlunya persediaan menghadapi hari sukar.






 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif




iii.            Mati

-          Pepatah cina kata kalau tiada wang jangan mati. Itu disebabkan upacara pengebumian mereka yang tinggi. Bagi kita sebagai seorang muslim pula, walaupun harta tidak dibawa mati, tetapi persediaan perlu juga dibuat. Jika kita ada hutang, tahukah kita roh kita hanya terapung-apung tidak diterima Allah sehingga hutang kita dibayarkan?






     Dengan hutang pendidikan, hutang kereta, hutang rumah, hutang persendirian dan lain-lain hutang, bagaimana kita ingin melangsaikan hutang kita? Adakah kita ingin menyusahkan ibu ayah adik beradik untuk membayarnya?

Jika kita meninggalkan keluarga anak isteri, bukan sahaja beban hutang kita tinggalkan malah nafkah tanggungan mereka juga akan terabai.

Tahukah anda sebagai seorang suami anda perlu menyediakan bekalan sekurang-kurangnya setahun untuk anak dan isteri? (rujuk surah Al Baqarah ayat 240).







Jika ditanya pada diri anda sekarang, adakah anda mampu menyediakan semua ini? Sedangkan kereta yang hanya berharga RM40-50 ribu pun kita beri perlindungan, apatah lagi kita ini yang tidak ternilai.







 photo 319a5b1a.gif

Sebagai penasihat kewangan, tujuan apa yang disampaikan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan merancang kewangan kita. Salah satu sebab bangsa kita sukar maju ke depan adalah disebabkan sikap tak endah tentang ekonomi sendiri dan tiada perancangan yang bijak. Jika kita sudah mulai sedar, lakukanlah sesuatu untuk membuat persediaan menghadapi semua ini.


Jika anda mempunyai persoalan berkenaan isu perancangan kewangan, anda jangan malu dan segan untuk bertanya kepada penasihat kewangan yang bertauliah. InsyaAllah mereka akan cuba membantu anda menyelesaikan masalah anda. 

Tapi ingat, pilihlah yang berwibawa. Bukan yang hanya mencari keuntungan semata-mata. Kalau anda perlukan khidmat rundingan kami, boleh hubungi 011-3653 1164. Jangan risau khidmat rundingan kami adalah percuma!

 photo 319a5b1a.gif








FIRDAUS OTHMARANI

011 3653 1164

Penasihat Kewangan PrudentialBSN


0 comments :