June 10, 2016

Pulau Perhentian (Day 1 and 2) 21 & 22 March 2016

HARI PERTAMA



Saya baru mula bekerja tak sampai 2 bulan. Terus apply cuti seminggu nak bercuti ke Pulau Perhentian. Siapa tak nak kan. Biasa orang pergi dengan kawan-kawan. Saya pergi dengan family :D

Part paling saya excited dapat pergi ke Masjid Kristal, Terengganu. SubhanAllah! memang cantik. Tapi saya sekali tak ramai yang solat jemaah disini. ada yang kata waktu Maghrib dan Isyak tak ada yang solat disini kerana faktor masjid yang terletak jauh dari kawasan penduduk disana.



Terletak di tepi laut.









With my sister.










Sempat tengok sunset. Ada juga yang buat photoshoot disini.
Berangat sat nak bergambar disini.










:)









Selepas solat Isyak, cari kedai makan di area pekan. Nama kedai makan Syrup Vs Soda.
Hipstrurr sungguh. 

Ini dia menu yang saya cuba. 
Nasi Goreng Chicken Chop bersama Air Barli Laici Lemon.
Makanan hipster gitu.

Lepas makan kami decide tidur di hotel berdekatan dengan Kuala Besut. Selepas Subuh terus gerak ke jeti untuk parking kereta selama 3 hari.

3 HARI BERSAMAAN DENGAN RM30.




HARI KEDUA 




Saya lupa nak snap harga price naik boat dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Besar. 
Nak lebih mudah ambil sekali dengan mana mana pakej. Jadi tak ada masalah bab transportation pergi dan balik. 

On the way to Perhentian Besar.










My dad.













Selfie sebelum gerak. maafkan muka yang tembam tu.


PART yang menarik nak Perhentian ialah perjalanan yang pendek dibandingkan perjalanan dari Mersing nak ke Pulau Tioman yang memakan masa satu jam lebih.










sebelum check in dapat makan tengah hari :D








Our chalet for 3 days and 2 nights.
Untuk pakej ke Pulau Perhentian ni kami ambil dari Fauna Chalet.
Fauna Chalet ni terletak di Perhentian Besar.

RM290 untuk seorang 3 hari 2 malam.



 Antara pakej yang disediakan ialah : 
  • Sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuk 3 hari
  • Trip snorkelling dan melawat perhentian kecil



Yang bestnya di Perhentian Besar ni, tempat lebih tenang sebab tak ramai orang. Biasanya orang singgah di Perhentian Kecil sebab disana lebih meriah dan anda pertunjukan malam tarian bersama api, Kami tak berpeluang ke sana menyaksikan tarian api sebab tiada servis teksi boat yang sudi bawa. Katanya jauh takut sesat di kepekatan malam. Dan ada yang kata persembahan itu tak sesuai ditonton bagi orang beragama Islam. Lol. Wallahuallam.

Apa-apa pun kalau nak berhoneymoon memang ramai ambil pakej di Perhentian Kecil sebab lebih meriah dan banyak pilihan tempat penginapan yang romantik giteww..


Lempeng favorite. Ke pancake ni. haha.
RM6. 

Bila bercuti di Pulau Perhentian ni kena terima hakikat anything will be expensive ya. 
Air Milo yang boleh dapat RM1.80 pun boleh jadi RM6 secawan.

Nasihat saya, sila bawa maggie cup dan air mineral banyak banyak dari rumah.
Jadi tak adalah spend banyak duit beli makanan disana.





Ini salah satu iklan untuk melawat Pulau pulau. hehe.
Kami ambil juga pakej melawat ke Perhentian Kecil.
Servis ni boleh didapati dimana mana challet.

Masa ini kami merayau ke challet lain. Terus book servis teksi ni.






Nasib kami baik sebab dapat chalet berhapadan dengan pantai dan laut. 
Yang tak seronoknya kena terima hakikat malam malam biasanya anak muda (tua sangat aku), suka melepak di tepian pantai. minum minum dan gelak ketawa merapatkan ukhwah.

Macam kami, pukul 10 malam dah exhausted sampai terus tertidur. haha

seronok berbaringan di tepian pantai.
Model, my dad.






Bilik untuk 3 orang. Maaflah bersepah. masa ni dah sampai semua sibuk bersiap nak explore tempat.



Sebabkan kami sampai awal, oleh itu rasa rugi tak explore Perhentian Kecil dan Pulau kecil yang lain. Masa tu kami terus ambil pakej Island hopping yang merangkumi melawat the Village, Long Island, Romantic Beach dan Coral Bay. Island Hopping ni RM75 sekepala. 





Worth the walk. hehe. Masa ni dekat Long Island. kena gigih sikit panjat bukit sebab memang jauhhh.
Sepatutnya boleh ada boat stop area jeti seperti di dalam gambar. tapi tangga area situ mostly dah reput.









Sampai Perhentian Kecil terus singgah makan. Burger kalau di Seremban boleh dapat RM3.80. Disini biasa price double or triple. haha. tapi sebab lapar, apekah daya.


Bila lapar semua nampak sedap.









Time to go back to the chalet. cewahhh.



komplikasi video untuk sehari.







Nanti baru update hari ke-3 dan ke-4.

Thanks baca, bye. haha

0 comments :