June 10, 2016

Pulau Perhentian (Day 1 and 2) 21 & 22 March 2016

HARI PERTAMA



Saya baru mula bekerja tak sampai 2 bulan. Terus apply cuti seminggu nak bercuti ke Pulau Perhentian. Siapa tak nak kan. Biasa orang pergi dengan kawan-kawan. Saya pergi dengan family :D

Part paling saya excited dapat pergi ke Masjid Kristal, Terengganu. SubhanAllah! memang cantik. Tapi saya sekali tak ramai yang solat jemaah disini. ada yang kata waktu Maghrib dan Isyak tak ada yang solat disini kerana faktor masjid yang terletak jauh dari kawasan penduduk disana.



Terletak di tepi laut.









With my sister.










Sempat tengok sunset. Ada juga yang buat photoshoot disini.
Berangat sat nak bergambar disini.










:)









Selepas solat Isyak, cari kedai makan di area pekan. Nama kedai makan Syrup Vs Soda.
Hipstrurr sungguh. 

Ini dia menu yang saya cuba. 
Nasi Goreng Chicken Chop bersama Air Barli Laici Lemon.
Makanan hipster gitu.

Lepas makan kami decide tidur di hotel berdekatan dengan Kuala Besut. Selepas Subuh terus gerak ke jeti untuk parking kereta selama 3 hari.

3 HARI BERSAMAAN DENGAN RM30.




HARI KEDUA 




Saya lupa nak snap harga price naik boat dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Besar. 
Nak lebih mudah ambil sekali dengan mana mana pakej. Jadi tak ada masalah bab transportation pergi dan balik. 

On the way to Perhentian Besar.










My dad.













Selfie sebelum gerak. maafkan muka yang tembam tu.


PART yang menarik nak Perhentian ialah perjalanan yang pendek dibandingkan perjalanan dari Mersing nak ke Pulau Tioman yang memakan masa satu jam lebih.










sebelum check in dapat makan tengah hari :D








Our chalet for 3 days and 2 nights.
Untuk pakej ke Pulau Perhentian ni kami ambil dari Fauna Chalet.
Fauna Chalet ni terletak di Perhentian Besar.

RM290 untuk seorang 3 hari 2 malam.



 Antara pakej yang disediakan ialah : 
  • Sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuk 3 hari
  • Trip snorkelling dan melawat perhentian kecil



Yang bestnya di Perhentian Besar ni, tempat lebih tenang sebab tak ramai orang. Biasanya orang singgah di Perhentian Kecil sebab disana lebih meriah dan anda pertunjukan malam tarian bersama api, Kami tak berpeluang ke sana menyaksikan tarian api sebab tiada servis teksi boat yang sudi bawa. Katanya jauh takut sesat di kepekatan malam. Dan ada yang kata persembahan itu tak sesuai ditonton bagi orang beragama Islam. Lol. Wallahuallam.

Apa-apa pun kalau nak berhoneymoon memang ramai ambil pakej di Perhentian Kecil sebab lebih meriah dan banyak pilihan tempat penginapan yang romantik giteww..


Lempeng favorite. Ke pancake ni. haha.
RM6. 

Bila bercuti di Pulau Perhentian ni kena terima hakikat anything will be expensive ya. 
Air Milo yang boleh dapat RM1.80 pun boleh jadi RM6 secawan.

Nasihat saya, sila bawa maggie cup dan air mineral banyak banyak dari rumah.
Jadi tak adalah spend banyak duit beli makanan disana.





Ini salah satu iklan untuk melawat Pulau pulau. hehe.
Kami ambil juga pakej melawat ke Perhentian Kecil.
Servis ni boleh didapati dimana mana challet.

Masa ini kami merayau ke challet lain. Terus book servis teksi ni.






Nasib kami baik sebab dapat chalet berhapadan dengan pantai dan laut. 
Yang tak seronoknya kena terima hakikat malam malam biasanya anak muda (tua sangat aku), suka melepak di tepian pantai. minum minum dan gelak ketawa merapatkan ukhwah.

Macam kami, pukul 10 malam dah exhausted sampai terus tertidur. haha

seronok berbaringan di tepian pantai.
Model, my dad.






Bilik untuk 3 orang. Maaflah bersepah. masa ni dah sampai semua sibuk bersiap nak explore tempat.



Sebabkan kami sampai awal, oleh itu rasa rugi tak explore Perhentian Kecil dan Pulau kecil yang lain. Masa tu kami terus ambil pakej Island hopping yang merangkumi melawat the Village, Long Island, Romantic Beach dan Coral Bay. Island Hopping ni RM75 sekepala. 





Worth the walk. hehe. Masa ni dekat Long Island. kena gigih sikit panjat bukit sebab memang jauhhh.
Sepatutnya boleh ada boat stop area jeti seperti di dalam gambar. tapi tangga area situ mostly dah reput.









Sampai Perhentian Kecil terus singgah makan. Burger kalau di Seremban boleh dapat RM3.80. Disini biasa price double or triple. haha. tapi sebab lapar, apekah daya.


Bila lapar semua nampak sedap.









Time to go back to the chalet. cewahhh.



komplikasi video untuk sehari.







Nanti baru update hari ke-3 dan ke-4.

Thanks baca, bye. haha

Elysian™ Ruby Skin care






Introducing Elysian Ruby Skin care. suitable from oily, normal, dry and sensitive skin 😊👍🏼👍🏼🌹
_
_
Elysian Ruby Skin care adalah rangkaian product penjagaan,perawatan dan perlindungan lengkap kulit dari Elysian Beauty Malaysia. Antara product Best Seller lain dari Elysian adalah Elysian Booster Serum yg terbukti selamat dan berkesan dengan ribuan feedback dr pengguna.
_
🌹Elysian Ruby Skincare di formulasi dengan menggunakan teknologi nano yang memberi penyembuhan , perlindungan dan khasiat pada kulit. Teknologi nano menghasilkan molekul molekul halus yang membolehkan penyerapan yang jauh ke dalam epidermis kulit. Kesannya kulit menjadi sihat,cerah,berseri,halus,anjal dan bersih tanpa sebarang parut.
_
🌹 Ruby Skincare diperkaya dengan Omega White C yang mempunyai kuasa pencerahan 5 kali ganda dari biasa.
_
🌹 Ruby Skincare juga formulasi dari pelbagai stem cell yang bertaraf antarabangsa dan semestinya kesan stem cell ini sangat berkesan untuk kulit wajah kembali sihat dan anjal.
____________________________________________


Deep Gel Cleanser
🌷 Deep Gel Cleanser merupakan cleanser  yang berbentuk "clear gel" bersifat aktif terhadap kulit dan bebas buih. Kesannya,anda dapat rasai setelah selesai membersihkan kulit muka. Kulit menjadi tegang, halus, bersih, anjal ,lembap dan segar setelah membersihkan muka dengan menggunakan Deep Gel Cleanser.  Kandungan tea tree dalam Deep Gel Cleanser membersihkan minyak dan kekotoran pada kulit secara mendalam. Soapwart juga merupakan bahan utama dalam Deep Gel Cleanser yang mengandungi saponin yang merupakan agen pembersihan paling berkesan untuk melawan bakteria bakteria yang merosakkan kulit.


Skin Renewing Night Cream
🌷 Skin Renewing Night Cream berfungsi untuk merawat dan mencerahkan kulit dengan cepat  kerana mengandungi jumlah stem cell yang pelbagai dan bahan bahan lain yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa seperti grape seed oil yang berkesan menghilangkan parut dan dan kedutan di muka. Kebaikkan ditambah dengan Lavender Water yang terdapat dalam Skin Renewing Night Cream. Sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat,mengurangkan eczema, menghalang pembiakkan bakteria dalam kulit jerawat, dan merawat kulit yang terdedah kepada "sunburn". Formulasi utama iaitu witch hazel water dan pomegranate seed oil sangat berkesan untuk menghilangkan parut berlubang,kedutan halus, jeragat/melasma, jeragat dan kulit yang tersalah guna product. Kandungan alpha arbutin dalam Skin Renewing Night Cream membuatkan kulit lebih cerah dan lembap. Dengan pemakaian yang konsisten kulit pasti menjadi cerah,bersih,licin,halus dan tegang. 

Protect And Support Cream SPF 60
🌷 Protect and Support Cream SPF 60 berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran uva dan uvb yang boleh menyebabkan kulit kusam, berjeragat ,sunburn dan gelap. Dengan pemakaian yang konsisten kulit akan menjadi cerah berseri serta merta dan semakin  sebati dalam kulit menjadikan kulit "flawless, cerah dan glowing" secara sihat dengan pemakaian product organik yg selamat dan berkesan tanpa bahan kimia berbahaya seperti mercury dan hydroquinon. Teksture cream yang sangat ringan dan mudah disapu ke seluruh muka dengan serta merta menyerap ke dalam kulit membuatkan kulit cerah berseri. Sea Fennel Stem Cell membuatkan kulit lebih cerah ,mengurangkan jeragat/pigmentasi dan menjadikan tona kulit lebih sekata.


Sesuai untuk kulit orang asia. Tambah lagi dengan cuaca panas.
Boleh protect dari pancaran cahaya matahari.

Apakah itu SPF? SPF stands for Sun Protection Factor. 
ianya ibarat macam sunblock. Boleh lindungi kulit daripada sunburn mahupun damage cell kulit yang sihat. 








Kotak Ruby Skincare Series ni pun comel kan? Bunga Rose detailing. hehe








PROMOTION : till 28th JUNE 2016 


COMBO SET hanya RM190 SAHAJA. 

murah tak? Tiada caj bagi COD Area Senawang atau Seremban.
Jika bertuah ada dapat FREE GIFT sekali. Sementara stok masih ada.












Berbaloi kan?
Promo bulan June ini sahaja.











Dibawah ini adalah step cara penggunaan Ruby Skincare Series bersama Elysian Booster Serum.

Waktu pagi.








Waktu malam.










Saya sendiri dah cuba combo set ni. 
Selepas tunang bulan April haritu muka saya breakout teruk.
Siap guna alternatif pergi spa nak laser kuman degil dekat muka.

Sekali facial treatment di spa dalam RM50. kalau 2 kali dah RM100.
Cukup  4 kali, lebih baik beli Combo set ni kan.










Dibawah ini saya sertakan sebahagian FEEDBACK yang menggunakan Ruby Skincare Series bersama Elysian Booster Serum.


















🌸..........019-3719329 (ANA)🐰 ...........🌸
🌸..........013‑6448246 (MFO)🐞............🌸
🌸...💌 : novelty_rose@yahoo.com.my...🌸
🍂🍁🍃🍂🍁🍃🍁🍂🍃🍁🍂🍃🍁🍂


June 02, 2016

Royal Floria Putrajaya 2016 @ Magical Garden

Tahun lepas pergi Putrajaya ke untuk tengok bunga. Disebabkan kegemaran terhadap bunga, tahun ni pergi lagi sekali ke Putrajaya. 29 Mei 2016 (Ahad). Alhamdulillah parking senang dapat even sampai terlewat sikit. Pukul 10 pagi dah ramai beratur. Cuma kali ni sistem lebih sistematik sebab ada 2 booth yang ada 5 kaunter untuk pembelian ticket masuk.

Ticket masuk ada 2 jenis. Untuk masuk ke Magical Garden perlu tambah another RM10.50. PLEASE BRING YOUR MYKAD. baru dapat harga murah. kalau tak akan dicaj double macam kita ni visitors dari negara lain pula. hehe.

Floria kali ni bermula awal sikit. sebelum Ramadhan. kalau tahun lepas Floria berakhir 6 June 2015. cewahh. ingat tarikh, Sebab tu masa kali pertama keluar sama sama dengan Encik Tunang.

Boleh search location Floria Precint 4 di Waze mahupun google map. berdekatan sahaja dengan Masjid Putrajaya :)

Parking senang dapat cuma kena gigih sikitlah kalau datang lewat tu. hehe. 
Macam saya awal pagi dah gerak sebab takut susah dapat parking and lama beratur nak beli ticket masuk. 







Ini adalah antara aktiviti yang dijalankan.

Sayangnya saya tak dapat merasa la tengok festival ni waktu malam. dengar kata sangat MAGICAL sebab ada banyak lampu warna warni LED. 

Tunggu dah kahwin nanti baru saya nak merasa pergi sana waktu malam. hehe




6 tickets for 3 people. satu ticket masuk RM7.50. dan tambah RM10.50 untuk ticket ke Magical Garden. Masa beli ni fikir rugi tak masuk semua. tapi bila fikir balik, membazir je beli ticket Magical World. Tahun lepas berbaloi sebab ada 4 musim tayangan. Kali ni more to mermaid. Rasa tak berbaloi masuk langsung. 









Part menarik, banyak bunga. hehe. Pergi awal awal ni bunga masih segar tak layu kerana kurang air.
Kebanyakannya booth setiap section ini dihias oleh Sekolah/Universiti .








With Mr/Mrs Rabbit.









Cantik kan bunga rose :D






Terdapat pameran kucing dan haiwan lain seperti burung merak dan arnab.
boleh belai arnab, hehe. tapi kena pandailah takut kena cakar pula :p






Tiba tiba terjumpa salah seorang kenalan baru dari Johor Bharu. NAD!! 
hehe. sesiapa nak beli Insurans Takaful boleh berhubung dengan beliau.
Nanti saya tinggalkan info beliau :)










Encik tunang :)










Cuaca memang agak panas, oleh itu saya nasihatkan bawalah cermin mata hitam atau payung. Pakai sunblock banyak banyak ya sebab muka saya dah sunburn :P

Dan jangan lupa bawa tissue nak lap peluh.









kalau bernasib baik sign guestbook akan dapat gift seperti pen atau madu.











Menikmati permandangan :)








Di Floria Putrajaya, tak perlu risau bab makan dan minuman. Ada pelbagai jenis minuman dan makanan yang harga mampu milik dan tidak cekik darah seperti tahun sebelumnya. 

makanan tekak melayu sampailah makanan western boleh dapat. Pizza ada, nasi kerabu ada, pisang goreng bersama kicap pedas ada, mac and cheese ada, nasi kukus ada dan macam macam lagi.

Yang penting ada mesin untuk pembelian air setiap perjalanan. tak adalah perlu berjalan jauh. Air mineral boleh dapat RM1 sahaja.







Ada persembahan tarian dan pancaragam(yeke?). Boleh lah tengok orang buat persembahan sambil sambil hirup udara segar gitu..








yang ini saya paling gayat naik. sebab pakai heels. tangga jenis kecil. kaki saya size 9. jadi kena jalan dengan sopan. haha











Ada ice cream tongkat RM5. boleh pilih dari range perisa strawberry, vanilla dan chocolate. 
Mahal sikitlah tapi takpe sekali sekala merasa makan ice cream gaya baru. hehe










More roses.










 
Ada penjualan bunga rose selepas keluar dari tontonan wayang Magical Garden.
Bunga rose dia memang mahal. sekuntum RM15. tak tahulah kenapa mahal sangat,. biasa beli di Seremban RM2.50 sekuntum. kalau di Cameron RM15 boleh dapat 5/6 kuntum.












The castle. cantik kan bergambar disini. Siap ada disney princess.









Yang ini bukan princess. haha









cer play.









Maaf sis tidur sat. feeling princess bila dikelilingi bunga. cuma mata tak mampu buka sebab cahaya mentari :)











Menahan terik. 










Tahun lepas payung. tahun ni layang layang. hehe











Dan saya spend RM30 for this potret.

RM10/person. nak laminate tambah RM10.
bersama encik tunang.


Rasa nak abadikan potret ni dalam kad kahwin nanti. boleh tak?




Sekian sahaja dari saya tentang perjalanan saya ke Floria Putrajaya.
Jumpa lagi di next post.


Salam alaik.