December 28, 2016

Bachelorette Party at Thistle Port Dickson (26 November 2016)


Ini cerita bulan lepas 2 weeks before my solemnization. A month before I was aware with my bestfriends planning nak celebrate moment terakhir saya sebagai bujang sebelum tukar status isteri orang. 

Shana one of my bestie one day spoil the secret. "Nad, 27 November ni kitorang planning nak celebrate bachelorette kau. sorry bagitahu. Tapi aku tak nak nanti tiba tiba kau ada plan lain masa 27hb tu. Ni Farah yang cadangkan".

Masa ni rasa kelakar pun ada. Tak pandai betul nak suprise kan orang Shana ni. Haha. cepat sangat spoil nya. Dia siap pesan "nanti kau buat buatlah terkejut, jangan kata kau dah tahu"

So few days before 27hb tu one of my other bestie, Salbiah whatsapp kata nak datang Seremban. Masa ni saya berlagak biasa je. Sebab Sal kata dia nak turun Seremban sebab nak jumpa client Takaful dia. Oh ya, kami berdua agent Takaful PruBSN. hehe. Sal ni selalu travel all around Malaysia untuk jumpa client.

Sal inform Sabtu 26 November dia akan datang Seremban naik bas. Saya pun okay je alang alang weekend memang tak kemana. Masa ni pun dah terlupa nak celebrate Bachelorette party sebab lebih excited nak jumpa Sal. hahaπŸ’—πŸ˜Š





Sal Snap a picture of her dalam bas on the way ke Seremban pagi tu. Somehow saya kata comelnya tema warna baju pink dan putih. Terus kata dekat Sal nak pakai matching outfit sebab nampak nice baju putih tudung pink. Sedihnya saya tak ada plain white, jadi checkered top pun jadilah. hehe.


Pagi tu sementara tunggu Sal sampai Seremban, saya teman kakak saya jumpa skin specialist. Alang alang terus minta tolong kakak saje jemput Sal di bus station. hehe. oh yaa, saya pakai selekeh sungguh. Tudung sarung pun senget benget. Sebab memang jenis selekeh je bila keluar sarapan. 


Sal dah selamat sampai. Alhamdulillah. abaikan muka pucat macam orang sakit depan tu. hehe






Selepas lunch A&W di rumah, bawa Sal jalan di Palm Mall Seremban. Masa ni dah pelik kenapalah Sal ni busy dengan handphone. Handphone dia asyik berbunyi. and she always ensure I didn't catch what she's typing. Yela benda private kan. Positif masa ni mungkin client dia. Asalnya nak teman Sal ke Subang jumpa client, tapi at the last minute client cancel. Masa tu rasa kesian Sal dah jauh turun Seremban dari Johor tiba tiba client cancel appointment.





 






Later that evening, Shana pula call. Sampaikan berita paling buat saya sedih. lolπŸ˜πŸ˜†


"Nad, aku call ni nad cakap plan nak celebrate kau cancel taw. Sebab Fara dan Yana tak dapat cuti. Aku pula ada hal dengan family. Kau tahu kan mama aku nak pergi umrah? Kau okay kan? Sorry taw"



Masa ni kecewa sangat sangat. wei why????? haha

Terus tanya Sal, Sal okay ke Shana cancel. Rasa kesian dia datang jauh dari Johor tapi client cancel. Shana cancel. mesti dia sedih. Banyak kali tanya Sal okay ke? Sal jawab dia okay je dia faham.





JCO with Salbiah. Sorry Sal awak asyik belanja kita makan :'D



Selepas high tea di JCO, terus direct ke Thistle, Port Dickson. Terima kasih Sal tolong drive kan kereta sebab I penakut. Sal kata ada client nak jumpa di Thistle. Urgent katanya so Sal memang rushing drive sebab client dah tunggu. 

Masa ni lagi bertambah pelik kenapa dia asyik tengok handphone masa drive. Sebab dia jenis jarang main handphone sangat all the time. haha😊

Then tiba tiba Sal dapat panggilan daripada client. Tapi saya dah pelik kenapa dengar suara perempuan. Sal pula confident cakap client lelaki yang nak jumpa ni. Masa ni saya rasa mungkinkah dia pondan atau memang type jenis lelaki lembut. haha. Jauh imaginasi. 

Bila tanya Sal siapa tu, Sal jawab client client. Lagi rasa pelik kenapa client client. ada ramai client ke? Tanya Sal nak hantar policy ke atau baru nak approach? Anyhow, Sal macam relaks je.

Setibanya di hotel Thistle bersyukur dapat parking depan pintu masuk. Setibanya di sana terus direct ke Surau untuk solat Maghrib. Masa ni kelakar, Sal suruh iqamat tapi nervous sampai tak tahu nak iqamat sebab selama ni solat macam biasa je. 

Selesai solat Maghrib, ada group of students di situ yang busy siapkan final project dorang. Tiba tiba saya ditegur oleh seorang gadis semasa sedang pakai tudung and makeup.



"Awak kerja sini ke?"

Saya pelik dah. eh tak. kenapa? 

"Sebab tadi saya nampak ada few people pakai macam awak dekat lobby."

Saya pun tanyalah, berapa orang tu and dorang pakai tudung macam saya ke macam mana.

"Aah, tudung pink baju putih dalam 3 4 orang cmtu"

Cepat-cepat Sal potong percakapan perempuan tu. Masa dia cakap 3 4 orang tu saya dah suspek tu macam bridemaids wedding saya tu jumlahnyaa. Sal kata mungkin kebetulan atau ada event kot kebetulan sama dengan kita.

alang alang dah maghrib situ kami direct solat Isyak sekali. habis solat semua dah pukul 9. Haha. lama betul. Sal dah risau kalau makanan habis di buffet. keluar je surau tengok Sal macam tahu je jalan hotel Thistle ni. Saya sendiri tak tahu mana tempat makan buffet dekat hotel tu. Tapi Sal yang first time datang macam lancar je tahu jalan. masa ni dah mula suspicious 😏😊




video atas ni panjang tanpa dieedit. Saya saje nak rakam guna sjcam. Then Sal nampak terus suruh proceed je rakam. Saya pun rakamlah. setibanya di dalam tempat makan tu, saya terleka tengok buffet tak tengok depan. RUPANYA ALL THE BRIDEMAIDS AND MY BESTFRIEND ADA DI SITU!

apalagi, terus peluk dan menangis sambil cakap thank you. hehe. tak tahu nak respond terharu macamanalah.


Rakaman dari handphone Shana. Muka saya relaks sungguh tak perasan keadaan sekeliling. 
LOL. MAJOR DISAPPOINTMENT TO THE LADIES. sorry!!



They prepared the helium balloons for me. Warna favorite pula tu :D









Siap ada selempang bride to be!πŸ’“πŸ’•πŸ’–πŸ’—













Muka baru lepas menangis cenggitulah.
Terima kasih semua :)













Delicious meal for the night!




Kasi can lah sikit bergambar :)






2nd shot



3rd shot.









Pelakon terbaik :p









Beshtiebesh since 2006 πŸ’–












πŸ’—πŸ’–πŸ’•πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ










Berjaya nampak kurus dan tinggi 😈😊














Thank you Farah for your time to be there for me despite how many arguments we go through since high school. Thank you for your love to be apart of this suprise and celebration 
πŸ’šπŸ’™πŸ’›πŸ’œπŸ’‹










Snapchat make you flawless somehow.










Yana, Salbiah, me, Farah dan Shana.











Dalam elevator pun boleh jadi.



















πŸ˜‰πŸ˜









Thank you Salbiah for your treat, your time and your acts! hehe. Terima kasih selalu susah payah datang Seremban naik Bas everytime. Terima kasih celebrate kita and always a good listener 😊😊 Tak tahu macam mana nak balas budi awak belanja kita T_T

After this your turn to be bride to be! Can't wait #countingdays












Thank you Shana for your time and effort of act for me. Terima kasih jadi punching bag most of the time. Terima kasih tadah telinga dengar masalah sejak dari sekolah. and thank you for still stood up for me despite how many bestfriend you have other than me. hehe. Semoga persahabatan kekal sampai ke anak cucu.








Thank you Yana for your time to be there to celebrate. Tahniah dah selamat jadi tunangan orang. hehe. Looking forward to celebrate you on your wedding day. Thank you for the dinner treat and thank you for always ask me to behave πŸ˜†
















Selfie light.












Sebenarnya masa ni cuba praktis untuk pose macam masa di tingkatan 3 dahulu. But i've lost the throwback picture😏










a proper picture of us at the lobby.








Rasa princess of the day kejap.











from left : Shana, Farah, me, Yana dan Sal










Manage to screenshot this instastory from Shana Instagram.











One last picture before Sal headed home the next day ;)













words cant describe how thankful I am to have such sweet sweet girlfriends/bestfriends. 
Through thick and thin. CAN'T BELIEVE I'M GETTING MARRY FIRST.


ALHAMDULILLAH #BLESSED


Semoga korang semakin sukses dalam kerjaya masing masing, dipermudahkan urusan kehidupan seharian dan masa akan datang. Yang dah bertemu jodoh agar dipermudahkan urusan mendirikan masjid. Yang masih mencari, saya doakan akan jumpa jodoh yang baik baik yang boleh jaga korang dengan sebaiknya dan hargai korang the way you does to me.

Terima kasih for the dinner treat at the hotel. I know it must cost fortune. 
Nangis kalau nak repay back T_T




Terima kasih korang.


Below is video of the night and also the mannequin challenge video I've made for us.


Semoga persahabatan kita berkekalan sampai ke anak cucu sehingga ke Syurga πŸ’—πŸ’–



Video of the celebration.




ucapan khas.tapi termute. hehe.MAAF






Mannequin challenge Part 1.






Mannequin challenge Part 2






Beshtiebesh forever! πŸ’—πŸ’˜








December 27, 2016

Thai Food Festival (Kipmart Senawang, Negeri Sembilan) #FoodReview


Thai Food Festival since Jumaat lepas di Kipmart Senawang. wuuu, Nasib baik balik weekend ni. Saje nak mencuba Thai Food. Honeymoon tak cukup bajet nak ke Krabi, maka dapat thai food pun dah heaven ni. Tapi lupa nak beli PULUT MANGGA. this is a must kalau pergi Thailand. sedappppp. 


Sebelum sampai sini my expectation was banyaaaak kedai makan Thai. Nama pun festival kan. Tapi hampa kejap.,

Setibanya di parking lot kipmart, akan nampak satu khemah yang jual bantal, karpet dan tilam murah murah. Saya siap beli carpet medium dan tilam queen sementara tak ada katil di rumah sewa. hehe. Seminggu dah tidur atas toto.









Masa ni dah hujan jadi gambar agak gelap sedikit.
 ada pintu gerbang Thai Food Festival di parking lot.



PERINGATAN

If betul nak food hunting,make sure bring enough money. Sebab makanan disana was insanely expensive rasanya for me. 

Kambing grill 100gm RM6. 
Air manis RM3/each.
Kerabu mangga RM7-9/each
Satu cucuk ayam bbq RM5-6

PENDEK KATA kalau bawa RM10 memang dapat beli satu menu sahajalah. hehe. kalau betul nak rasa macam macam memang kena prepare at least RM30-50.







saya lupa nama dia. takoyaki is it? nak cuba tapi saya jenis yang cepat muak bila makan banyak banyak. hehehe








Dekat sana ada banyak lagi yang dijual seperti seluar tidur, baju, jersey, handbag, kasut dan even gadget seperti monopod dan powerbank.





Makeup murah pun ada dijual.









one row ni penuh dengan non food item. hehe. Ada juga yang berbaloi beli sebab harga murah.








Sesiapa nak cari kasut branded non ori pun ada okay.









Pilih kambing. 100gram/RM6. Menyesal beli yang ni sebab tak sedap mana pun and mahal :)









Menarik tak? masa mula nampak ni excited sebab memang suka kambing bbq. hehe











Sini tak ada tempat official nak makan, Tapi ada dibentangkan meja dan kerusi untuk sesiapa pengunjung nak duduk makan. kalau nasib tak baik,makan dalam hujan sebab tak semua meja disediakan di bawah khemah.














Masa ni saya order kerabu mangga,. Terbaik sebab pedas sampai saya sakit perut. haha





my kerabu mangga.








Kebab mahal tapi tak sedap. sayang seribu kali sayang.









Banyak lagi jenis makanan thailand available










Yang tercari cari buah mangga pun ada dijual. 1kg RM10 tak silap.










Menarik tak? hehe












banyak choice sampai tak terpilih nak beli. 















Nampak sedap kan ayam bbq cucuk dia. omggg. walaupun mahal bagi saya sanggup beli k. hehe












Encik Husband redha teman isteri makan. Sini memang semua under khemah makanya memang agak bahang sikit. Saya masuk sini 10minit, muka lencun dengan peluh 😝
















untuk kanak kanak pun ada aktiviti. iaitu main dengan kinetic sand! 

Seronok tengok dorang buat shape. hehe. kinetic sand ni macam playdoh sikit.









Ini khemahnya. ETM . kalau nak anak bermain sambil belajar tu bolehlah singgah khemah ni. 








ada juga dijual kalau ada yang berminat nak beli untuk anak anak.







Ini khemah yang menjual bantal murah yang turut ada berdekatan festival thai food.








Jualan pecah kontena katanya.

maka saya terbeli tilam.hehe






pelbagai jenis dan corak untuk dipilih :)πŸ˜‰











dont be dissapointed if you do go to the festival tapi tengok tak banyak gerai makanan. saya pun kecewa juga sebenarnya sebab tak banyak gerai makanan.




anyhow, saya berjaya beli Powerbank pineng dan percuma cable remax that match with my powerbank. Finally my own powerbank that actually works! haha



overall this event, i'm not satisfied with the cleanliness of the environment. Kalau awak jenis yang pentingkan kebersihan, mungkin tak selesa nak beli makanan disana. itu hanya pandangan saya.

Selamat mencari makanan uolls. kalau nak rasa feel di thailand bolehlah pergi. hehe


yang menarik ialah aiskrim kelapa. Tapi harganya, ya ampunn.
RM7 satu.


make sure bring enough money kalau nak food hunting sungguh sungguh.



okay, see you on next post.

BYE!! :D