September 25, 2009

Open House . Meet Him . SR

Yesterday, tidak la seperti yang dijangkakan. semua rancangan yang suppose menjadi telah gagal. plan untuk jalan raya ramai-ramai tidak menjadi. semua berpecah dan hanya aku, shana dan yana yang terpakse merantau jauh-jauh untuk pergi ke rumah dila dan mira. tidak jauh pun sebenarnya, tapi sebab tak ramai kawan-kawan, terus jadi cam jauh +_+









sedih yang teramat sebab terpaksa berjalan kaki nak balik rumah aku. nasib baik ibu shana dapat jemput. terus aku merakam video ini dengan bersemangat sebab nak ceriakan mood masing-masing.




so yeah. sempat berjumpa buat kali terakhir jejaka di situ ;)
thanks for calling semata2 nak bertanya whether im coming or not :)

thanks inviting dan thanks tolong hantar kami balik.
selalunya, kalau aku pergi ke sana, mesti dia yang hantar aku balik.
tak pernah aku balik sendiri kan -.-





Today :



akulah orang pertama yang sampai dengan mengendong sebuah kotak yang berisi hadiah untuk someone. aku tak tahu kenapa aku bawa kotak tersebut even aku tahu potensi untuk berjaya memberi hadiah tersebut kepada orang itu memang 0.03%.


makanan yang dihidangkan memang marvellous.
sayang, semua pics di camera Shana.



datang jugak boyfie Shana. tak ramai yang datang tahun ni.
mungkin semua busy dengan hal masing-masing.




thanks Paan, bagi aku tumpang balik ;p







sampai rumah terus letak balik hadiah yang dibawa tadi.
sedih sebab tak dapat bagi hadiah tu kat orang tu kan +_+
terus keluar balik dan terus menuju ke secret recipe di senawang.

siapa agaknya pemandu kali ini? :)






birthday boy nya ialah Epy :)
happy belated birthday ^^,






sangat tak keruan duduk kat situ. maybe sebab tak tahu nak buat apa.
hanya handphone menemani :)
aku nampak gemuk dalam picture ni.



iced lemon tea. nyummie :P





kek ni memang sedap :D
tapi sayang sekali lagi sebab aku tak tahu ape nama kek ni.

September 24, 2009

Deleting Messages











6.37 petang sehingga 6.44 petang. 7minit masa untuk mendelete message yang tersayang. 7 minit masa untuk mengenang. 7 minit masa untuk menangisi. 7 minit untuk mengingati sambil tersenyum. segala2nya 7 minit. memang cukup untuk menyanyikan lagu 7things.

September 19, 2009

Shopping.



hari ini sangat membahagiakan.
berjaya mendapatkan 4 helai selendang dengan harga RM20 :)



sebaik sahaja berbuka puasa. aku terus melelapkan mata
sebentar sebab terlampau kepenatan mengemas rumah.












setelah penat lelah mengemas rumah, kami, 4 orang gadis dan seorang ibu membawa kereta pergi merayau mencari daging lembu, nasi briyani, mutarbak dan selendang.




kerera pink ini paling comel,
selain Suzuki Swift yang bewarna light pink.







keadaan di pasar malam, camera yang tidak bagus ;p


pasar malam di Ampangan memang ramai. aku terkedu melihat ramai yang berpusu-pusu melintas jalan dan sedang membeli-belah. aku sudah khuatir jika kakakku bengang disebabkan ketiadaan tempat parking. secara tiba-tiba akakku berkata,

"kau keluar la dulu dengan Izyan. nanti Asya call tanye kau kat mane"




aku terkejut sebab aku tak pernah merayau berdua dengan Izyan di tempat sebegitu. haha. tetapi perasaan gembira terus membuak-buak.


kesimpulannya, aku berjaya mendapat 9 helai selendang. aku bahagia sekali :)
kemudian singgah di Burger Ijan untuk mengisi perut yang sudah kekosongan. hebat, 3 gadis berkeliaran pada pukul 1++ pagi.







to adik Amal,

jangan sedih-sedih sangat. akak selalu sudi dengar masalah adik ;) sebab akak pernah mengalaminya. selalu juga akak dikecewakan. tetapi selalunya akak terus down. hanya kawan-kawan yang dapat bantu kita bangkit ;p susah kan bila kita hanya dapat tengok orang yang kita sayang bahagia dengan yang lain. bukan dengan kita. tetapi cube tengok in the bright side. at least die bahagia. itulah pengorbanan adik yang terbaik. akak tak pandai bagi nasihat. tetapi akak boleh bagi support. harap lepas ni adik lebih bahagia. tak mo sedih-sedih ;) all the best in your life.









baju kurung ni sangat cantik kerana kombinasi warna kegemaran Izyan. putih dan purple. aku pun sudah mula pelik, sejak bila kembarku ini meminati warna purple? setahu aku, hanya aku dan ibuku yang meminati warna ini. haha. bagi aku, pink purple tetap paling cantik. tahun depan nak cari baju kurung kombinasi warna pink+purple. =)





perkara yang membuat aku impress.. tak sangka miley sangat
sangat popular dengan lagu ini yang dicipta khas untuk Nick Jonas.

September 16, 2009

Exam . Kad



Disebabkan exam seni paper 1 hari ini, aku gagahkan juga pergi ke sekolah seawal pagi sedangkan paper bermula pada pukul 11. aku tidak tidur malam tadi buat sekali lagi.

setibanya di sekolah, aku berjalan dengan penuh semangat tanpa sebab yang munasabah. gila freaky sampai di sekolah pada pukul 6.45 pagi. kelas-kelas tingkatan 5 semua gelap. aku dah semakin gelabah. langkah diperlajukan. mana semua orang?

aku hanya nampak pelajar bukan Islam sahaja. sedih sedih. terus masuk ke kelas. okay, aku geram kot. kelas tunggang langgang. pencil case pun ade. tak sayang harta sungguh. kalau ikutkan hati aku nak ambil terus buku past year question for science dan prinsip akaun yang terdampar atas meja.

disebabkan bulan puasa aku membatalkan niat aku. nanti dituduh mencuri, tak ke naya +_+ aku terus menyusun meja dan kerusi. mencapai penyapu dan menyapu la kan. tapi aku rasa pelik. aku rasa penyapu tersebut seperti melekit. ewww.. rasanya kencing kucing.

aku duduk bersendirian sehingga pukul 7.05 pagi. kau bayangkan aku berseorangan macam kena pulau dalam kelas +_+ tunggu dan tunggu.

kehadiran Shaza menerbitkan senyuman yang paling manis aku berikan. yay! aku ada kawan wei :)seterusnya, Intan tiba, Shikin, Shin Chan, Afi, Ucop, Asip, Paan, Megat dan seterusnya.the day was great. aku habiskan exam tidak sampai 1 jam. terus mintak permission cikgu untuk habis awal.




budak lelaki semua busy bermain gitar. yang perempuan bermain internet di laptop Shin Chan Shikin. tiba-tiba perihal kewujudan blog aku diutarakan. aku terus malu sendiri sebab ramai sudah mengakui mereka sering membuka blog aku. haha :D

lepasni, aku tidak menceritakan perihal masalah aku sangat yer. sangat the dangerous. haha. english teruk kan? :)



Setelah membuat sesi luahan perasaan bersama Achi, Shikin, Shin Chan dan Hasip, aku terus berasa lebih lega. kenapa? sebab mereka banyak bagi aku kekuatan. mereka menceritakan kisah mereka dan aku mendengar dengan kusyuk. habis air liur kami bercerita ini dan itu.



Asip berjaya menunaikan janjinya menemani aku pada hari ini.




kepada pelajar kelas 5Mel atau classmate aku, kelas kita telah memenangi pertandingan menghias kelas untuk hari merdeka. tempat pertama ye. tetapi Pak Ya tak bermurah hati nak menghadiahkan wang tunai sebaliknya memberi kita setiap seorang testpad dan sebatang pen yang aku tidak tahu jenama apa.






video pendek yang berjaya dirakam. suara aku garau. rock sikit :)
kualiti video yang sangat tidak memuaskan. aku pakai handphone murah.






aku benci Kanye West yang suka mencari perhatian.







aku tidak dapat memaparkan video Kanye mengatakan Taylor tidak layak memenangi award tersebut. sila pergi ke video ini untuk melihat sendiri. .






apabila malam menjelma, baru aku sedar bahawa aku sudah menerima kad raya yang pertama. menjerit sebab dah lama tak dapat kad raya. thanks :')





thanks for the card :)